Laman Utama   |    Profil YSA   |    Perkhidmatan   |    Galeri   |    Hubungi

 

 

 

  Kursus Intensif

PERKHIDMATAN>>    Wedding Consultant   |    Kursus Intensif   
 

Kursus Intensif ialah satu kaedah pembelajaran dan latihan yang dilakukan secara amali. Sukatan pelajarannya tidak meleret-leret; terus ke fakta. Memandangkan kerja-kerja ini cenderung kepada kemahiran maka latihan praktikal adalah lebih ditekankan; ini bertujuan untuk memudahkan peserta memahaminya dan lebih berkeyakinan di dalam melakukan kerjanya selepas kursus ini. Cara ini juga akan menimbulkan suasana ceria dan tidak akan membosankan di dalam kelas. Peserta-peserta kursus akan diajar cara membuat kerja dengan cepat, tepat, sempurna dan bersih. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan tenaga, dan mengurangkan risiko untuk kita melakukan kesilapan.

    Siapa yang patut mengikuti kursus intensif ini?
  1. Mereka yang berminat di dalam bidang andaman dan ingin menjadikannya sebagai sumber pendapatan.
  2. Juruandam-juruandam baru yang ingin menambah pengetahuan, meningkatkan keyakinan diri dan menimba pengalaman dari mereka yang lebih senior.
  3. Juruandam-juruandam yang ingin mengendalikan bengkel kecantikan dan kelas-kelas.
  4. Membina jaringan kerja di antara semua pengusaha-pengusaha industri andaman. Apabila berkumpul banyak perkara yang boleh dimanafaatkan.

Lihat Galeri Kursus Intensif